CARA SELAMAT MEMANDU DI LEBUH RAYA

Kenderaan Di Lebuh Raya

MEMANDU di lebuh raya adalah lebih muda dan selesa. Walau bagaimana pun  bagi peemandu yang tidak pernah menggunakan lebuh raya, mungkin akan mengalami satu pengalaman yang baru. Kemalangan yang berlaku di lebuh raya berpunca daripada sikap pemandu yang memandu laju tanpa memikirkan soal keselamatan.

Pemandu harus bertindak jika berlaku kecemasan semasa memandu di lebuh raya. Apa yang penting pemandu perlu sedar bahawa lebuh raya  bukan tempat untuk memandu dengan laju atau bertindak dengan sesuka hati. Ia lebih merupakan kemudahan bagi keselesaan pemandu.

Berikut beberapa garis panduan yang perlu di ketahui sebelum,  semasa  dan selepas memandu.

Rutin Pemeriksaan Kenderaan


1.       SEBELUM MEMANDU
a.       Perkara asas yang perlu dipastikan ialah kenderaan berada dalam keadaan baik. Amalkan rautin  pemeriksaan kenderaan (RPK) sebelum memulakan kenderaan.
b.      Pastikan tekanan angina tayar yang betul dan dalam keadaan baik.
c.       Pastikan keselesaan memandu dengan mengamalkan rutin sebelum memandu (RSM).
d.      Elakan daripada membawa penumpang atau mautan yang berlebihan.
e.      Pastikan tali pinggang keledar sentiasa dipakai sepanjang perjalanan dan semua pintu hendaklah di kunci. Gunakan kunci khas (Child Lock) jika ada pemumpang kanak-kanak.
f.        Pastikan membawa alat keselamatan.



2.       SEMASA MEMANDU
a.       Sentiasa mematuhi had laju yang ditetapkan.
b.      Sentiasa mematuhi semua tanda isyarat.
c.       Pemandu dinasihat supaya berhenti berehat di tempat yang di sediakan selepas dua jam perjalanan.
d.      Sentiasa berhati-hati dengan kenderaan yang keluar dan masuk lebuh raya.
e.      Lihat kepada tolok suhu dan penunjuk lain untuk memastikan ia berfungsi dengan baik.
f.        Hendaklah sentiasa memandu di lorong pemanduan (lorong 1). Untuk memotong gunakan lorong tengah (2) atau lorong kanan (lorong 3). Selepas memotong kembali ke lorong pemanduan.
g.       Semasa  menyalakan lampu isyarat sebelum memotong atau menukar lorong. Pemandu mungkin berasakan tindakan tersebut tidak perlu apabila tidak kelihatan kereta di belakang. Walau bagaimanapun pemandu mestilah ingat bahawa pandangan belakang dan sisi terdapat kawasan yang tiodak dapat dilihat (blind spot).
h.      Sentiasa mengamalkan peraturan jarak 2 dan 4 saat untuk mengekori kenderaan di hadapan agar memberi ruang dan masa yang mencukupi untuk bertindak jika kereta di hadapan berhenti tiba-tiba atau mengalami kerosakan.
i.         Jangan sesekali memasang lampu hazard semasa hari hujab sebaliknya nyalakan lampu. Lampu hazard hanya digunakan untuk memberi amaran ketika kecemasan sahaja.
j.        Pemandu diingatkan bahawa lorong kecemasan hanya untuk keadaan kecemasan sahaja. Berhenti di lorong kecemasan  adalah dilarang sama sekali. Berhati-hati terhadap kenderaan yang berhenti di lorong kecemasan dan penunggang motorsikal yang berhenti di bawah jambatan.



3.       SELEPAS MEMANDU

Selepas menamatkan perjalanan  terutamanya perjalanan jauh pemandu dinasihatkan memeriksa semula keadaan kenderaan seperti air bateri sis tem  penyejuk, minyak engine, tekanan angina tayar dan kerosakan kecil pada komponen kenderaan mungkin berlaku. Pebetulkan atau baik pulih swemula kerosakan bagi mempastikan keadaan yang baik sentiasa terpelihara.

Bagi mereka yang tinggal di sekitar Padang Serai, Tasek Gelugor, Kulim dan Kuala Ketil yang ingin mengambil lesen kereta, motosikal dan OKU  boleh datang terus ke Pejabat Institut Memandu Sinar di belakang Stesyen Minyak Shell,Jalan Kulim - Padang Serai. Program myLESEN     untuk lesen motosikal dengan bayaran RM299 masih berjalan.

 Keterangan lanjut berhubung ditalian 04-4851125 atau      04-5721125.

 Kalau senang anda juga boleh layari :-

 https://www.facebook.com/Institut-Memandu-Sinar-Sdn-Bhd-1442503369380399



Comments