APA ITU HAZARD?


HAZARD dalam pemanduan merangkumi elemen-elemen yang boleh mendatangkan bahaya yang sedia ada di persekitaran atau terjadi dengan tiba-tiba. Jesteru,  pemerhatian yang lebih dan cekap pada setiap masa dapat membantu pemandu tidak panik dan dapat menangani  hazard terutama dalam keadaan yang  tidak disangka-sangka. 

Secara  amnya  hazard  terbahagi  kepada tiga bahagian, iaitu :

a.  Ciri-ciri fizikal seperti simpang, bulatan dan selekoh.

b.  Resiko yang timbul akibat kedudukan dan pergerakan penguna jalan raya lainnya.

c.  Masalah yang timbul daripada pemukaan jalan yang pelbagai dan keadaan cuaca.

Jesteru, sebagai pemandu yang cekap dan berhemah, setiap  elemen hazard ini harus ditangani dengan cepat  dan menyesuaikan diri  dengan keadaan  jalan iaitu dengan menentukan  kelajuan  yang sesuai dan menentukan jarak mengekori  yang  sesuai.

Akhir sekali  hazard  kepada pemandu boleh berlaku secara tiba-tiba. Sebagai contoh, anda mungkin berhadapan dengan kemalangan  yang berlaku berhampiran anda, pokok tumbang, objek  yang jatuh atau berterbangan daripada kenderaan lain, binatang yang melintas dan bermacam-macam  keadaan lain.

Sekalilagi, sebagai pemandu  yang cekap dan berhemah, menyesuaikan kelajuan dan menjaga jarak mengekori menjadi keutamaan anda sebagai pemandu. Ini akan memberikan anda lebih masa untuk bertindak sekiranya keadaan-keadaan tersebut benar-benar berlaku ketika pemanduan.

Bagi mereka yang tinggal di sekitar Padang Serai,Tasek Gelugor,Kulim dan Kuala Ketil  yang ingin mengambil  lesen kereta,motosikal dan OKU boleh datang terus  ke Pejabat Institut Memandu Sinar di belakang stesyen  minyak Shell,Jalan Kulim- Padang Serai .Program myLESEN untuk lesen motosikal dengan bayaran RM299.00 masih berjalan.

Institut Memandu Sinar merupakan PUSAT SEHENTI dimana semua urusan pembelajaran dan ujian akan dijalankan di sini. Institut Memandu Sinar mempunyai  pasarana yang baru serta mempunyai tenaga pengajar yang profesional dan peramah dan pastinya akan memberikan keselesaan kepada peserta kursus.

Keteranganlanjut silahubungi talian 04-485 1125 atau  04-572 1125

Sekiranya anda lapang boleh jugalayariFB Page kami.


Comments