APA ITU CITO?

Perhatikan Cermin Sisi untuk Mengetahui Apa Yang Ada Di Sisi

CITO merupakan satu konsep pemanduan selamat yang menjadi rutin wajib bagi sesaorang pemandu yang cekap dan berhemah.

Rutin ini perlu diterapkan daripada peringkat awal belajar memandu supaya apabila sudah menjadi seorang pemandu kompeten kelak, rutin ini menjadi sebati damn di lakukan setiap masa.
Cermin Padang Belakang Untuk Mengetahui Keadaan Di Belakang

Rutin Selamat Memandu atau CITO adalah langkah-langkah yang perlu diamalkan sepanjang proses pemanduan samada untuk melepasi hazard atau melakukan olah gerak seperti mula bergerak memotong, membelok dan lain-lain.

Ia bertujuan untuk mendapatkan maklumat bagi mengenal pasti hazard disekeliling sebelum melakukan sebarang oleh gerak.

Langkah-langkah yang perlu diambil adalah seperti berikut :-


C
Cermin pandang belakang dan sisi untuk mendapatkan maklumat di belakang dan di sini kenderaan.

I
Isyarat yang sesuai untuk memberi maklumat dan niat kepada pengguna jalan raya yang lain.

T
Titik buta (Blind Spot)  dengan menoleh kepala hingga ke paras bahu bagi mempastikan hazard yang tidak dapat dilihat melalui cermin.

O
Olah gerak yang betul dan selamat dalam posisi dan kelajuan yang sesuai bergantung kepada hazard.

Bagi mereka yang tinggal di sekitar Padang Serai, Tasek Gelugor, Kulim dan Kuala Ketil
yang ingin mengambil lesen kereta, motosikal dan OKU  boleh datang terus
ke Pejabat Institut Memandu Sinar di belakang Stesyen
Minyak Shell, Jalan Kulim - Padang Serai.
Program myLESEN untuk lesen motosikal
dengan bayaran RM299 masih berjalan.

Keterangan lanjut berhubung ditalian 04-4851125 atau 04-5721125.


Kalau senang anda juga boleh layari :-


Comments