Tips Keselamatan Penunggang Motorsikal


Motorsikal adalah kenderaan yang agak bahaya kerana mempunyai dua tayar.  Kita perlu pandai mengimbangi badan kita terutama semasa dalam perjalanan. Disini diberikan tips-tips menunggang motorsikal agar kita selamat.

Penunggang motorsikal perlu merancang perjalanan bagi mengelakkan situasi kelam kabut saat-saat terakhir.  Kita perlu pastikan mendapat rehat yang cukup terutama semasa hendak memulakan perjalanan yang jauh. Jangan sekali-kali menunggang motorsikar dalam keadaan letih, mengantuk atau apabila mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kita rasa mengantuk. Kita juga perlu membuat pemeriksaan tayar, brek dan lampu isyarat sebelum memulakan perjalanan.

Penunggang motorsikal juga wajib menggunakan topi keledar yang diluluskan oleh SIRIM dan kancingkan dagu dengan ketat bagi mendapat perlindungan yang maksimum.

Semasa menunggang di atas jalan raya kita perlu malah wajib patuhi had laju yang telah ditetapkan. Had laju itu adalah mempastikan tahap kelajuan maksima yang selamat bagi jalan tersebut. Kita perlu perlahankan motorsikal sekiranya hujan kerana jalan basah dan lincin. Kita perlu jarakkan motorsikal kita dengan kenderaan lain di depan.

Penunggang motorsikal perlu berhati-hati jika hendak menukar lorong kerana amat membahayakan. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa hendak mukar lorong. Lihat keadaan di belakang melalui cermin sisi sebelum menukar lorong.

Penunggang motorsikal perlu biasakan diri mengamalkan langkah-langkah keselamatan di persimpangan jalan. Perlahankan motorsikal jika lampu isyarat kuning dan berhenti jika lampu merah jangan sekali-kali menyelit keluar melanggar lampu isyarat.

Penunggang motorsikal perlu memberikan perhatian dan memberikan keutamaan kepada penjalan kaki di kawasan lintasan belang. Penunggang juga perlu mengelakkan mengekori kenderaan lain terlalu rapat terutama sekali ketika tahap kelajuan yang tinggi.

Pihak keselamatan jalan raya telah mengenal pasti keadaan laluan di jalan raya dan sekiranya jalan itu bahaya maka mereka  tidak membenarkan kita  memotong, patuhanlah arahan ini demi untuk keselamatan kita.

Jangan sekali-kali kita memotong barisan dan menyalahgunakan lorong kecemasan. Perbuatan ini pasti menimbulkan perasaan tidak puas hati dan marah pengguna jalan raya lain. Jadi jadilah penunggang yang berhemat demi keselamat diri kita sendiri.

Bagi mereka yang ingin mengambil lesen motorsikal boleh datang terus ke pejabat Institut Memandu Sinar di belakang Stesen Minyak Shell Jalan Kulim Padang Serai. Datang sekarang kerana Program myLESEN masih berjalan dengan hanya RM299.00. Keterangan lanjut boleh berhubung ditalian 04-485 1125 dan 04-572 1125.

Boleh juga layari FB Page :

Comments