Program MyLESEN 2.0 dapat Sambutan Hangat



Program myLESEN 2.0 yang dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan jalan (JPJ) masih diteruskan. Program ini dikhaskan untuk lesen motosikal kelas ‘B2’ sahaja dengan bayaran hanya RM 299.00 sementara program biasa  untuk lesen yang sama RM 400.00 lebih. Maka bertindaklah daftar sekarang sebelum program ini di tutup oleh JPJ.



Program ini terbuka kepada sesiapa saja warganegara dan penduduk tetap. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan penunggang yang kompeten, mematuhi peraturan dan berhemah bagi membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya (motosikal) melalui pengurangan golongan  yang menunggang motosikal   tanpa lesen  yang sah khususnya golongan remaja.



 Disamping itu usaha ini  bertujuan  membantu mengurangkan bebanan peningkatan kos sara hidup yang meningkat waktu ini dengan kos pembelajaran yang cukup rendah hanya RM299.00 sahaja. Ini merupakan yang kali kedua  dianjurkan oleh JPJ dan  pihak JPJ adakan dan akan memberhentikan pada bila-bila masa setelah sasaran  dicapai.



Jesteru itu sebelum pihak JPJ memberhentikan program ini dan mereka yang berhajat terpaksa berbelanja lebih untuk mendapatkan lesen yang sama maka bertindaklah sekarang. Bagi mereka yang tinggal di  sekitar Institut ini khususnya Padang Serai dan masyarakat sekitarnya  seperti Tasek Gelugor, Kuala Ketil, Merbau Pulas ,  Lunas  dan lain-lain  boleh datang dan mendaftar di Institut Memandu Sinar di belakang stesen minyak Shell jalan Kulim - Padang Serai.


Institut Sinar mempunyai tenaga pengajar yang professional, cekap, terlatih dan efisyen untuk  mengajar. Institut Memandu Sinar juga merupakan  Pusat SEHENTI di mana peserta kursus akan belajar dan menjalan ujiannya di sini.


Mereka yang ingin mendaftar Program MyLESEN 2.0 boleh datang terus ke pejabat Institut Memandu Sinar  atau boleh menghubungi talian 04-485 1125 atau 04-572 1125. Begitu juga yang berhajat untuk mengambil lesen kelas D dan Lesen OKU boleh juga datang mendaftar di sini.



Comments