TIPS UNTUK LULUS UJIAN UNDANG-UNDANG BERKOMPUTER




Kelas K.P.P. selama 5 jam



Anda akan dibenarkan menduduki Ujian Undang-Undang Berkomputer kira-kira 3 hari selepas selesai tamat kelas K.P.P. 5 jam. Ujian ini sebenarnya mudah kerana anda telah dibekalkan dengan buku teks, buku contoh soalan dan CD contoh soalan. Anda hanya  perlu mengulangkajinya. Walaubagaimanapun, masih ramai yang menghadapi kesukaran untuk lulus dalam ujian ini. Malah terdapat juga yang telah mengambil lebih daripada 3 kali, tetapi masih belum lulus.
Disini diberikan beberapa tips  bagi membantu anda semua untuk lulus. Terdapat 50 soalan di dalam ujian ini. Markah lulus ialah 42 markah. Ini bermakna maksimum kesalahan yang boleh anda lakukan ialah 8 soalan.
 
Bilik Komputer kami yang selesa 
Ujian ini dibahagi kepada 3 bahagianBahagian I (Papan Tanda). Tujuannya adalah untuk menguji tahap kefahaman calon mengenai peraturan lalu lintas dan undang-undang jalan raya.

 Bahagian ini mempunyai 15 Soalan. Bahagian ini adalah yang paling mudah. Oleh itu, anda perlu untuk menjawab dengan betul pada semua soalan di bahagian ini. Cuba ketika anda keluar rumah dengan menaiki kereta atau bas, sila perhatikan papan-papan tanda di jalan raya dan fahamkan betul-betul fungsinya.

Bahagian II (Panduan Berhemat) pula mengandungi 25 Soalan. Soalan-soalan di bahagian ini memang panjang dan agak susah sedikit. Ia memerlukan anda untuk berfikir sebelum menjawab soalan-soalan tersebut. Sila cuba untuk hanya melakukan  4 kesalahan sahaja.

Bahagian ini bertujuan untuk menguji tahap kemnahiran calon pemandu mengawal kenderaan di litar dengan cara mengendali dan mengolah gerak kenderaan mengikut elemen-elemen yang ditetapkan.

Yang terakhir sekali ialah Bahagian III (Akta Pengangkutan Jalan dan Sistem Kejara). Ia mempunyai 10 soalan sahaja. Sekiranya anda benar-benar mengulangkaji, pastinya tidak susah untuk menjawab soalan di bahagian ini. Kerana semua jawapan yang diberikan adalah fakta. Anda perlu mencapai markah yang tinggi dalam bahagian ini. Banyakkan latihan menjawab soalan di bahagian ini dan cuba hafal soalan dan jawapannya. Oleh itu, sila jangan membuat lebih daripada 3 kesalahan.

Bahagian ini bertujuan untuk  menguji tahap kemahiran calon pemandu mengaplikasikan pemanduan selamat di jalan raya daripada segi  mengenal pasti dan mengatasi hazard, kebolehan mengurus kelajuan, memotong, menukar haluan dan kebolehan mengawal kenderaan dengan kompeten dan selamat di jalan raya.


Kesimpulannya, jika anda ikut apa yang diperkatakan di atas, anda hanya akan membuat 7 kesalahan sahaja iaitu 0 di Bahagian I, 4 di Bahagian II dan 3 di Bahagian III. Anda akan memperoleh markah 43/50 di mana sudah semestinya anda akan lulus ujian ini. Ikut panduan-panduan di atas dan anda pasti berjaya, Insya Allah. 

Comments