Ambil Lesen Di Institut Memandu Sinar




INSTITUT  Memandu Sinar telah ditubuhkan pada tahun 2013 dan mula beroperasi pada bulan Mac tahun lepas. Usia Institut Memandu Sinar baru setahun lebih dan segala peralatan yang digunakan seperti bilik kuliah, komputer, litar latihan dan ujian kereta dan motosikal semuanya masih baru dan berkeadaan baik yang dapat  memberikan keselesaan untuk belajar.

Institut Memandu Sinar merupakan PUSAT SEHENTI  di mana  proses pengambilan lesen memandu, proses pembelajaran dan ujian dibuat di sini. Para peserta kursus tidak perlu pergi ke lain-lain tempat untuk belajar atau menjalani ujian. Bagi peserta kursus yang menghadapi masalah kenderaan untuk ke insttitut ini bagi  menjalani latihan dan ujian pihak institut  menyedia perkhidmatan pengangkutan dan dikenakan caj yang berpatutan.

Disamping peralatan yang serba baru Institut ini juga mempunyai tenaga pengajar yang professional, cekap, terlatih dan efisyen.  Para peserta juga dapat menikmati kemudahan seperti kantin, surau  dan tandas yang selesa untuk digunakan.

Institut menawarkan  pembelajaran untuk mendapatkan  lesen B2, lesen D, lesen B2 dan D sekali gus serta lesen memandu untuk OKU malah kemudahan tuition bagi mereka yang telah memiliki lesen tetapi takut untuk memandu.

Bagi mereka yang berhasrat mengambil lesen memandu dan menunggang motosikal khususnya yang tinggal di Padang Serai, Tasek Gelugor, Lunas, Merbau Pulas, Kuala Ketil dan kawasan-kawasan lain yang berhampiran Padang Serai boleh mendaftar terus di Institut Memandu Sinar di belakang stesen minyak Shell Jalan Kulim – Padang Serai.  Untuk mendapatkan keterangan lanjut boleh berhubung melalaui talian 04-485 1125 atau 04-572 1125.

Boleh juga layari FB Page :


Comments