PROSES UNTUK MENDAPATKAN LESEN MEMANDU

Dalam bilik kuliah 


Pendaftaran


Sesaorang pemohon perlu mendaftar dimana-mana institut  memandu, sekolah memandu atau pejabat pendaftaran calon yang terdapat di seluruh Malaysia yang di iktiraff oleh JPJ.

i. INSTITUT MEMANDU  adalah premis latihan pemanduan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti litar lkatihan, bilik kuliah manakala sekolah memandu tidak mempunyai kemudahan litar latihan.
Latihan dan ujian di litar - Litar bari di Institut Memandu Sinar

ii. PEJABAT PENDAFTARAN CALON  ialah pejabat cawangan milik institut  memandu untuk mendaftar calon sahaja dan semua proses latihan dijalankan di institute memandu.

iii.  Latihan  pratikal dikendalikan oleh jurulatih/pengajar pemandu yang telah ditauliahkan oleh JPJ dan memiliki Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM)

iv.  Latihan pratikal dijalankan menggunakan kenderaan yang telah didaftarkan dibawah institut atau sekolah memandu dan memiliki Sijil Kenderaan Institut Memandu (SKIM).


Proses Mendapatakan Lesen Kelas D (Motokar)

a.            Wajib mengikuti Kursus Teori Pemanduan Selamat (KPP 01) selama 6 jam.
b.            Menduduki Ujian Bahagian 1 (Undang-undang Jalan Raya dan Pemanduan Berhemah)
c.             Pengeluaran lesen belajar memandu (LDL)
d.            Menjalanani latihah pratikal di litar (KPP 02) selama 5 ½ jam.
e.            Menjalani latihah pratikal di jalan raya (KPP 03) selama 10 jam.
f.             Menjalani Ujian Penilaian (QTI)  selama 30 minit

g.            Menjalani Ujian Bahagian II dan III (Ujian pratikal JPJ.
h.            Pengeluaran lesen memandu percubaan (PDL)
i.              Pertukaran kepada lesen memandu percubaan kepada lesen memandu kompeten.


Bagi anda yang ingin mengambil Lesen B2 atau D serta Lesen untuk OKU boleh datang mendaftar diri di Pejabat INSTITUT MEMANDU SINAR di belakang stesen minyak Shell Jalan Kulim- Padang Serai atau hubungi talian 04-485 1125 atau 04-572 1125 untuk mendapatkan keterangan lanjut.  

Boleh juga layari FB Page :


Comments

  1. Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Hubungi no 04-485 1125 atau 04-572 1125, boleh bertanya dan berbincang cara pembayaran sekali

    ReplyDelete

Post a Comment