MEMBENTUK SIKAP PEMANDU YANG BAIK

TIDAK ADA SIAPA PUN MAHU PERKARA MACAM NI BERLAKU

Bagi Mengelakkan kemalangan jalan raya yang meragut nyawa, kecederaan  dan kehilangan harta benda maka semua pemandu dan penunggang motosikal perlu menjadi seorang pemandu yang baik.  Jika kita ingin berlumba masuk saja ‘GRAND PRIX’  yang dianjurkan oleh pihak tertentu. 

Disamping kita dapat mencipta nama dan kerjaya  kalau berjaya, kita juga ada perlindungan insuran jika berlaku kemalangan dan kita juga  tidak menganggu pengguna jalan raya lainnya. 

KALAU NAK BERLUMBA LEBIH BAIK MASUK GRAND PRIX

Buku Kurikulum Pendidikan Pemandu Kelas ‘D’ Manual telah mengklasifikasikan beberapa sikap pemandu yang baik. Mengikut buku tersebut pemandu yang baik bukan sahaja melalui kemahiran dan pengalaman tetapi melalui sikap dan disiplin semasa di jalan raya seperti berikut : -
I.                     Bertanggungjawab
II.                  Penumpuan
III.                Jangkaan
IV.                Kesabaran
V.                  Keyakinan

Perkara yang dinyatakan di atas membentuk sikap pemandu sekali gus akan mempengaruhi cara pemanduan sesaorang.  Memupuk dan mengamalkan  sikap yang betul di jalan raya adalah sangat penting bukan sahaja untuk membentuk peribadi pemandu yang baik bahkan dapat menjamin keselamatan pemandu, penunggang dan pengguna jalan raya lainnya dan dapat mengurang kadar kemalangan jalan yang kebanyakannya berpunca daripada kesilapan dan kecuaian pemandu sendiri.

Faktor pertama untuk membentuk sikap pemandu yang baik adalah BERTANGGUNGJAWAB. Sebagai pemandu yang bertanggungjawab, kita mestilah memberikan perhatian keselamatan diri dan penumpang. Kita juga perlu memberikan perhatian keselamat pengguna jalan raya lain khususnya mereka yang terdedah kepada bahaya seperti kanak-kanak, orang tua,  orang kurang upaya (OKU, penunggang basikal dan motosikal. 
AWASI PENGGUNA JALAN RAYA LAIN

Kita perlu memerhati dengan baik dan merancang pemanduan supaya dapat mengelakkan daripada membahayakan dan menyusahkan pengguna jalan raya lainnya. Sentiasa mengamalkan sikap bertolak ansur semasa memandu dan memaafkan pengguna jalan raya lainya.

Faktor kedua dalam kita membentuk untuk menjadi pemandu yang baik ialah PENUMPUAN. Kita perlu malah wajib memberikan tumpuan semasa memandu  dalam apa jua keadaan bagi menjamin keselamatan diri, penumpang dan pengguna jalan raya lainnya.  Sebarang kecuaian semasa memandu boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya yang bukan saja merosakkan harta benda malah boleh menyebabkan kecederaan dan kehilangan nyawa.

Pemandu disaran agar tidak memandu ketika letih dan kurang sihat, dalam keadaan marah dan mengalami  tekanan perasaan. Pemandu juga perlu memandu dalam jarak yang selamat  kerana dapat memberikan masa  untuk bertindak jika berlaku perkara yang diluar jangkaan.

Penumpuan merupakan  asas bagi kemahiran menjangka yang dibantu melalui penglihatan yang baik, pendengaran yang baik, kesihatan yang baik dan disiplin diri yang tinggi. Elakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh menghilangkan tumpuan pada jalan seperti menggunakan telefon bimbit, mendengar muzik dengan kuat dan lain-lain lagi.
JANGAN GUNA TELEFON BIMBIT  KETIKA MEMANDU


Faktor seterusnya adalah JANGKAAN  dalam pemanduan.  Sikap pemandu yang baik lazimnya akan mengikut peraturan jalan raya yang telah ditetapkan. Peraturan ini akan memberi peluang kepada pemandu bertindak sepatutnya untuk menghadapi segala  perubahan di sekeliling dengan spontan. Disamping itu kita  sentiasa mengawasi dan membuat jangkaan terhadap tindakan penguna jalan raya lainya.

Faktor lain kita juga perlu BERSABAR  dan kesabaran adalah sifat mulia dan merupakan kunci utama kea rah pemanduan yang selamat.  Ketidakcekapan dan kelakuan buruk pengguna jalan raya lainnya akan menguji kesabaran kita.  Jangan sekali-kali membiarkan perkara itu menpengaruhi pemanduan kita dan bersedialah untuk memaafkan kesilapan mereka. Tindakan cuba membalas tindakan mereka hanya akan menjurus kepada konflik sekali gus meningkatkan risiko kemalangan.


Faktor terakhir dalam membentuk diri  untuk menjadi pemandu yang baik adalah KEYAKINAN. Keyakinan pula berkiat rapat dengan kemahiran, keupayaan menjangka dan pengalaman. Lazimnya pemandu baru kurang yakin tetapi keyakinan akan dibina melalui  latihan dan pengalaman. Pemandu yang baik juga perlu mengelak daripada merasa terlalu yakin.

Bagi anda yang ingin mengambil Lesen B2 atau D serta Lesen untuk OKU boleh datang mendaftar diri di Pejabat INSTITUT MEMANDU SINAR di belakang stesen minyak Shell Jalan Kulim- Padang Serai atau hubungi talian 04-485 1125 atau 04-572 1125 untuk mendapatkan keterangan lanjut.   



Boleh juga layari FB Page :


Comments