JOM AMBIL LESEN B2 HANYA RM299

PADANG SERAI : INSTITUT Memandu Sinar sedang melancarkan Program myLESEN 2.0  yang diperkenalkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan kos pembelajaran hanya RM299.00. Cepat bertindak kerana  lagi 3 bulan program ini genap setahun dan pihak JPJ boleh memberhentikan program ini pada bila-bila masa.
En. Zulkifli Saad, Pengarah Urusan Institut Memandu Sinar

Menurut Pengarah Urusan Institut Memandu Sinar  En. Zulkifli Saad, program ini telah dilancarkan pada   15  September tahun lepas       dan pihak Institut Memandu Sinar yang merupakan Pusat SEHENTI untuk belajar memandu telah mengambil peluang ini  dalam usaha menggalakkan masyarakat dan golongan remaja khususnya untuk mendapatkan lesen yang sah untuk menunggang motosikal.

“Sambutan yang kami terima amat memberansangkan.  Kami  berharap ibu bapa  yang menyedari anak mereka yang berusia 16 tahun ke atas dan dah berani menunggang motosikal dapat merebut peluang  keemasan ini. Pihak JPJ boleh memberhentikan pada bila-bila masa dan ketika itu kadar bayaran untuk mendapatan lesen motorsikal B2 akan kembali seperti biasa RM400 lebih.”

“Tujuan pihak JPJ melancarkan program ini adalah untuk melahirkan penunggang yang kompeten, mematuhi peraturan dan berhemah bagi membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya (motosikal) melalui pengurangan golongan belia yang menunggang motorsila  tanpa lesen  yang sah.” Ujarnya.

En. Zulkifli seterusnya menjelaskan,  program  juga  bertujuan  bagi membantu mengurangkan bebanan peningkatan kos sara hidup yang meningkat waktu ini dengan kos pembelajaran yang cukup rendah hanya RM299.00 sahaja. Ini merupakan yang kedua  dan pihak JPJ adakan dan akan memberhentikan pada bila-bila masa setelah sasaran  dicapai.

“ Saya berharap golongan ibu-bapa yang tahu anak-anak mereka sering menunggang motosikal tanpa lesen mengambil inisiatif menghantar anak-anak mereka belajar bagi mendapatkan lesen yang sah melalui program ini.Tindakan ini penting jika tidak mempunyai lesen anak-anak kita yang menunggang motosikal tidak mempunyai perlindungan insuran dan jika kemalangan berlaku ia akan menyusahkan diri kita sendiri. “
Ujian Menunggang Motosikal  di Litar Institut Memandu Sinar 

“Saya  berharap masyarakat sekitar Institut ini khususnya Padang Serai dan masyarakat sekitarnya  seperti Tasek Gelugor, Kuala Ketil, Merbau Pulas ,  Lunas  dan lain-lain  dapat mengambil peluang keemasan ini. Kami sedia menerima berapa ramai sekali pun.  Kami mempunyai tenaga pengajar yang professional, cekap, terlatih dan efisyen untuk  mengajar”

“Kelebihan belajar di sini semua kelengkapan pembelajaran baru dan menrupakan Pusat SEHENTI di mana peserta kursus akan belajar dan menjalan ujiannya di sini. Mereka yang ingin mendaftar boleh datang terus ke pejabat Institut Memandu Sinar di Padang Serai belakang stesen minyak Shell Jalan Kulim Padang Serai atau boleh menghubungi talian 04-485 1125 atau 04-572 1125.”

Boleh juga layari FB Page :

Comments