Mengapa Perlukan Lesen Memandu & Menunggang Motorsikal?

Penguat Kuasa JPJ Membuat Operasi


ARKIB berita Utusan Malaysia pada 27/09/2005 mendapati lebih 50,000 pemandu tanpa lesen. Ini membahayakan pengguna jalan raya yang lain kerana kebolehan mereka mengendalikan kenderaan masih belum diiktiraf dan teruji. Dalam tempoh Januari sehingga Julai tahun ini sahaja sebanyak 40,117 pemandu kenderaan dikesan tidak mempunyai lesen memandu dalam operasi yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).


Pengarah Penguat Kuasa JPJ, Solah Mat Hassan berkata, jumlah pemandu yang dikesan memandu tanpa lesen kian meningkat dari setahun ke setahun. Beliau memberitahu, sepanjang tahun lalu (2004) sahaja sebanyak 77,800 pemandu ditahan tanpa lesen manakala pada tahun 2003 ialah 65,661.


Orang ramai yang didapati bersalah memandu tanpa memiliki lesen yang sah boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 26, Akta Pengangkutan Jalan (87) yang membawa kepada hukuman denda sehingga RM1,000 atau penjara maksimum selama setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Pada masa yang sama, pemandu yang tidak berlesen akan turut didakwa atas satu lagi kesalahan iaitu memandu kenderaan yang tidak dilindungi insurans iaitu mengikut Seksyen 90 akta yang sama.
JADI BAGI MENGELAKKAN DIKENAKAN TINDAKAN MENGIKUT SEKSYEN 26, AKTA PENGANGKUTAN JALAN (87) YANG MEMBAWA HUKUMAN DENDA RM1000 ATAU PENJARA SELAMA SETAHUN ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI, AMBILLAH LESEN MEMANDU DAN MENUNGGANG MOTOSIKAL.


 INSTITUT MEMANDU SINAR DI PADANG SERAI ADA MENJALANKAN KURSUS MEMANDU KERETA DAN MENUNGGANG MOTORSIKAL TERMASUK LESEN OKU.


 Sila datang terus ke pejabat Institut Memandu Sinar di Padang Serai. Keterangan lanjut boleh berhubung melalui talian 04-485 1125 atau 04-572 1125


 Boleh juga layari FB Page :
 https://www.facebook.com/Institut-Memandu-Sinar- Sdn-Bhd-1442503369380399/


Comments