Lesen Motorsikal B2 Hanya RM299

PADANG SERAI : INSTITUT Memandu Sinar yang merupakan PUSAT SEHENTI untuk belajar memandu telah mengambil inisiatif dengan menyertai Program MyLESEN 2.0  yang diperkenalkan oleh pihak  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.

Pengarah Urusan Institut Memandu Sinar
En. Zulkifli Saad


Program myLesen ini merupakan satu inisiatif yang dirangka khusus kepada orang ramai khususnya golongan belia yang belum memiliki lesen memandu yang sah. Mereka yang  berumur 16 tahun ke atas yang tinggal di bandar atau  luar Bandar digalakkan menyertai program ini.  Program myLesen ini dikhususkan motosikal kelas B2 tunggal sahaja (motosikal tidak melebihi 250 s.p.)


Tujuan melaksanakan program ini adalah untuk melahirkan penunggang yang kompeten, mematuhi peraturan dan berhemah bagi membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya (motosikal) melalui pengurangan golongan belia yang menunggang motorsila  tanpa lesen  yang sah.


Program ini diyakini dapat memberikan manfaat kepada golongan belia khususnya. Program ini juga membantu mengurangkan bebanan peningkatan kos sara hidup yang meningkat waktu ini dengan kos pembelajaran yang cukup rendah hanya RM299.00 sahaja.

Peserta sedang diuji menunggang motorsikal


Pengarah Urusan Institut Memandu Sinar, En. Zulkifli Saad  menyeru agar masyarakat Padang Serai dan kawasan-kawasan sekitar seperti Tasek Gelugor, Kuala Ketil, Kulim dan lain-lain khususnya golongan remaja mengambil peluang menyertai program ini.


“Saya yakin dengan kos pembelajaran sebanyak RM299.00, ramai orang menyertai program ini. Saya berharap golongan ibu-bapa yang tahu anak-anak mereka sering menunggang motosikal mengambil inisiatif menghantar anak-anak mereka belajar bagi mendapatkan lesen yang sah.”


“Tindakan ini penting jika tidak mempunyai lesen anak-anak kita yang menunggang motosikal tidak mempunyai perlindungan insuran dan jika kemalangan berlaku ia akan menyusahkan diri kita sendiri. Disamping itu pihak PDRM akan menyaman naik mahkamah bagi pemandu dan penunggang motosikal malah golongan yang membenarkan mereka menunggang motosikal tanpa lesen juga akan dikenakan tindakan yang keras.” ujar En. Zulkifli.


Menurut En. Zulkifli, program ini telah dilancar oleh pihak JPJ pada 15 September tahun lepas dan boleh diberhentikan bila-bila masa oleh JPJ, jesteru itu mereka yang ingin lesen menunggang motorsikal B2 segera mendaftar sebelum JPJ menutup program ini.

Ujian menunggang Motorsikal


“Saya amat berharap masyarakat sekitar Institut ini khususnya Padang Serai dan masyarakat sekitar pecan Padang Serai dapat mengambil peluang keemasan ini. Kami sedia menerima berapa ramai sekali pun dan kami mempunyai tenaga pengajar yang professional, cekap, terlatih dan efisyen”


“Mereka yang ingin mendaftar boleh datang terus ke pejabat Institut Memandu Sinar di Padang Serai belakang stesyen minyak Shell Jalan Kulim Padang Serai atau boleh menghubungi talian 04-485 1125 atau 04-572 1125.”


Comments