AMALI DI LITAR (Persediaan Sebelum Memulakan Perjalanan)

Membuat Pemeriksaan Ruang Enjin Kereta



Kalau kurikulum dulu peserta kursus akan terus memandu tapi kini peserta kursus akan didedahkan  pelajaran membuat pemeriksaan kereta sebelum memulakan perjalanan. Rautin pemeriksaan sebelum memulakan perjalanan satu amalan yang baik dan perlu diteap dalam diri setiap pemandu bagi mempastikan kereta dalam keadaan baik bagi mengelakkan kerosakan dan kemalangan  dalam perjalanan.

Rautin pemeriksaan sebelum memulakan perjalanan adalah Pemeriksaan Luaran Kenderaan,     Pemeriksaan Ruangan  Engin Kenderaan dan Pemeriksaan But Kenderaan

Panduan Pemeriksaan Luaran Kenderaan. Berjalan mengelilingi kereta mengikut pusingan jam  dan perhatikan samada terdapat sebarang kerosakan luaran kereta yang biasa berlaku seperti berikut :-


i.              TAYAR


a.            Bahagian tayar yang mempastikan keselamatan pemandu dan penumpang


b.            Tayar bertindak sebagai kusyen bagi membantu system suspense untuk menyerap gegaran agar tidak sampai ke badan kederaan.


c.             Tayar perlu di jajarkan (alignment) bagi mempastikan  bunga tayar sekata.


d.            Tekanan angina tayar perlu diperiksa dengan menggunakantolok pengukur tekanan angin dan bacaannya  antara 26 psi ke 32 psi atau 180 kpa ke 220 kpa.  Sekiranya tekanan tayar kurang atau lebih  menyebabkan kehausan tayar tidak sekata.


e.            Kebanyakan tayar mempunyai pertunjuk aras kehausan tayar. Ia menunjuk kan kedalaman bunga tayar //16 inci yang dibenarkan. Pastikan tayar kereta tidak merekah, mengelembung atau terkoyak.




ii.             LAMPU


a.            Pastikan lampu hadapan, lampu belakang, lampu isyarat, lampu brek, lampu brek ketiga dan lampu undur berfungsi dengan baik.
b.            Pastikan cermin lampu hadapan dan belakang tiada sebarang keretakan atau pecah. Jika rosak mesti ditukar.


c.             Pastikan cermin lampu depan dan belakang bersih dari sebarang kekotoran. Gunakan kain yang lembut bagi membersihkan kotoran.



iii.            CERMIN/BILAH PENGELAP CERMIN


a.            Pastikan bilah pengelap cermin dalam keadaan baik. Sekiranya keras, retak dan terkoyak ia akan gagal mengelap air sepeniuhnya semasa membuat p[emanduan di waktu hujan. Ia juga boleh menyebabkan cermin rosak.


b.            Pastikan semua cermin kereta dalam keadaan baik dan bersih.




iv.           BADAN KENDERAAN


a.            Semasa membuat pemeriksaan badan kenderaan pemandu hendaklah mempastikan elemen di bawah ini diberikan perhatian :-


-              Plet kenderaan mesti dalam keadaan baik.
-              Bamper kereta juga dalam kedaan baik
-              Penutup but dan bonet dalam keadaan baik
-              Cermin sisi pastikan dalam keadaan baik dan bersih
-              Pastikan pintu dan tingkap dapat digunakan dengan baik
-              Periksaan bahagian bawah kenderaan  untuk mengesan sebarang kebocoran air dan minyak.



v.            PEMERIKSAAN RUANG  ENJIN

a.  Buka bonet dengan menarik tompol yang terdapat dibahagian bawah sebelah kanan papan pemuka. Bonet akan terangkat dan tolak bahagian pengunci keselamatan dan angkat keatas sepenuhnya. Letakan tompang  sebagai penahan bonet dan mulakan pemeriksaan bahagian minyak enjin  seperti berikut :-

-              Periksa minyak enjin dalam keadaan maksimum dan minimum dengan tarik batang penyukat (dipstick)
-              Minyak brek juga pastikan berada dalam keadaan maksimum dan minimum.
-              Minyak stereng kuasa pastikan berada dalam keadaan maksimum dan minimum.
-              Minyak Gear  dalam keadaan maksimum dan minimum dengan tarik batang penyukat (dipstick)

          
b.            Periksa paras air di bahagian tersebut di bawah dan  pastikan berada dalam keadaan baik dan mencukupi :-
-  Air radiator
-  Air tangki
-  Air bateri
-  Air pengilap cermin

c. Periksa tali pesawat pastikan  tidak pecah dan berbulu. Tekan tali pesawat dengan menggunakan ibu jari untuk memeriksa tahap kekendurannya. Tahap ketegangan mestilah di antara 0.5 cm – 1.0 cm.
-              Periksa bilah kipas pastikan dalam keadaan baik.
-              Periksa semua sambungan seperti wayar, hos dan terminal bateri.



vi.           PEMERIKSAAN RUANG BUT KERETA

Tarik tumpul yang terletak di bahagian bawah sebelah kanan tempat duduk pemandu untuk membuka but. Buka but dan baut pemeriksaan peralatan kecemasan dalam keadaan baik. Peralatan itu seperti berikut :-

a.            Tanda amaran tiga segi
b.            Kotak ubat dan buku penduan
c.             Lampu suluh
d.            Alat pemadam api jenis kering
e.            Jek dan pemutar
f.             Pembuka nut roda
g.            Peralatan pembaikan
h.            Sepana boleh laras
i.              Kabel jumper
j.             Tali untuk tunda
k.            Alat pemutar skru
l.              Sepana palam pencucuh
m.           Pelbagai jenis sepana
n.            Playar
o.            Satu tabung mengandungi air bersih
    
Terdapat beberapa bahagian lagi sebelum peserta kursus  menjalani ujian di Litar dan Jalanraya.

PASTIKAN ANDA MENDAFTAR DI INSTITUT MEMANDU SINAR YANG TERLETAK DI PADANG SERAI KERANA MEMPUNYAI SEGALA KELENGKAPAN YANG BARU SEPERTI KERETA DAN LITAR PEMANDUAN YANG BARU.

Sila berhubungan terus dengan Institut Memandu Sinar ditalian 04-485 1125 & 04-572 1125 untuk mendaftar atau mendapatkan keterangan lanjut.

Boleh juga layari FB Page :


Comments